Walaupun hanya sempat berada selama tiga hari di negara ini, namun Presiden Amerika Barack Obama amat terharu dengan layanan istimewa yang beliau terima daripada Malaysia serta terpikat dengan keramahan dan kemesraan rakyatnya.
Perkara ini dinyatakan Duta Besar Amerika di Malaysia Joseph Y Yun pada perjumpaan meja bulat dengan media di kedutaan Amerika di sini pada hari Isnini, dan menurut beliau, Obama meninggalkan Malaysia dengan membawa kenangan manis yang begitu berkesan di hatinya.
"Sepeninggalan beliau, Obama meminta saya menyampaikan ucapan terima kasih beliau kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), yang katanya seorang tuan rumah yang amat berhemah serta kepada beberapa menteri, termasuk (Menteri Luar Datuk Seri) Anifah Aman, (Menteri Belia dan Sukan) Khairy Jamaluddin, yang juga menteri pengiring, yang memainkan peranan besar dalam kunjungan beliau itu.
"Beliau begitu bersungguh-sungguh meminta saya menyampaikannya (ucapan terima kasih) kepada tuan rumah atas layanan mesra serta budi baik mereka sepanjang lawatan itu. Obama sungguh terharu dengan sambutan yang diberi kepadanya ke mana sahaja beliau pergi oleh rakyat Malaysia, pelajar di Universiti Malaya, usahawan muda di Cyberjaya dan para pemimpin masyarakat sivil," katanya.
Lawatan rasmi bermula 26 April ke negara Asia Tenggara yang mempunyai 30 juta penduduk ini - sebahagian daripada rangka kunjungan Obama ke empat negara Asia - merupakan kunjungan pertama presiden Amerika ke negara ini sejak 48 tahun lepas, setelah kali terakhir dilakukan Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.
Yun berkata Obama terharu apabila melihat orang ramai sangggup menunggu untuk melihat kelibat presiden Amerika itu di laluan yang digunakannya ketika berada di negara ini.
Menurut Yun, beliau berpendapat Obama dan Najib mempunyai hubungan yang amat baik serta begitu serasi antara satu dengan lain, seolah-olah dua sahabat yang sudah lama tidak berjumpa.
"Mereka sudah banyak kali bertemu di pentas pelbagai hala serta dua hala dan apabila saya melihat mereka berinteraksi dengan baik, barulah saya menyedari bahawa mereka sememangnya mengenali satu sama lain dengan baik dan oleh itu, tidak perlulah saya memberi sebarang taklimat kepada presiden," katanya sambil menjelaskan bahawa kunjungan Obama ke negara ini amat berjaya.
Klik di sini untuk 10 detik menarik Obama di Malaysia
Menurut beliau, secara peribadi, banyak yang diketahui Obama tentang Malaysia dan inilah yang menyebabkan beliau sentiasa berasa selesa dari segi hubungan, yang ingin beliau pertingkatkan antara Amerika dan rantau ini.
"Sejarah peribadi beliau amat bermakna, sebagai contoh, pada majlis jamuan negara, beliau mengimbau kisah lampau perihal ibunya yang gemar mengumpul kain batik serta iparnya dari sebelah Indonesia yang merupakan rakyat Malaysia.
"Malah, pada majlis jamuan tengah hari dua hala di Seri Perdana, Obama memberitahu orang ramai cara sebenarnya untuk menyediakan nasi goreng yang enak.
Beliau juga bergurau tentang durian, yang pernah beliau cuba makan beberapa kali, tetapi bukanlah buah kegemarannya," kata Yun.
Beliau berkata melalui hubungan persahabatan unik yang terjalin antara Obama dan Najib, kedua-dua pemimpin itu dapat membawa hubungan Amerika dan Malaysia ke peringkat perkongsian komprehensif melalui peningkatan kerjasama dalam bidang ekonomi, keselamatan, pendidikan, sains, teknologi dan banyak lagi.
Menjelaskan tentang Program Pengecualian Visa Amerika, Yun berkata Malaysia perlu memenuhi syarat yang terkandung dalam undang-undang dan peraturan negaranya, termasuk kadar sekatan visa perlulah kira-kira tiga peratus, kewajipan Malaysia melaporkan kepada Interpol tentang pasport yang dicuri atau hilang dan pertukaran data tentang pengganas dan penjenayah.
"Walaupun Malaysia sudah memenuhi beberapa syarat seperti penyediaan pasport yang mampu dibaca mesin, membenarkan rakyat Amerika memasuki negara ini tanpa visa serta beberapa kemajuan lain, namun ia mungkin mengambil sedikit masa sebelum layak menikmati program itu," katanya.
Bagaimanapun, tegas beliau setakat ini tiada tarikh ditetapkan untuk mengadakan perundingan dan taklimat teknikal berkaitan urusan membuat penilaian tentang program itu.
Rakyat negara yang disenaraikan di bawah program pengecualian visa itu dibenarkan berkunjung dan tinggal di Amerika bagi tempoh maksimum 90 hari.
Kadar penafian visa Malaysia kekal sebanyak lima peratus.
Mengenai giliran Malaysia yang akan menjadi pengerusi Asean pada 2015, Yun berkata Amerika menunggunya dengan penuh minat dari segi diplomatik dan ekonomi serta bersedia memberi sumbangan besar berkaitan hala tuju Asean dan hasratnya untuk menjadi satu lagi gergasi serantau.
"Amerika sentiasa menyokong Asean sebagai sebuah kumpulan negara dan sebab itulah kami menyertai Sidang Kemuncak Asia Timur serta menawarkan bantuan teknikal kepada Asean mengenai pasaran tunggal, isu tenaga. Ia memberi peluang kepada Amerika untuk melakar banyak kemajuan dalam pelbagai perkara," katanya.
Bernama
Mon May 05 2014
Presiden Barack Obama dan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib ketika kunjungan Presiden Amerika Syarikat itu ke Malaysia baru-baru ini. --Gambar fail
AWANI Borneo [20/05/2024] – Spesis terancam | Cabaran hidrgoen | Pesta Kaamatan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar
#AWANIBorneo 20 Mei 2024
- Diplomasi orang utan, habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
- Cabaran Hidrogen, JBPM hantar pasukan hazmat ke China
- Pesta Kaamatan, 'Seindah tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
#AWANInews
#AWANIBorneo 20 Mei 2024
- Diplomasi orang utan, habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
- Cabaran Hidrogen, JBPM hantar pasukan hazmat ke China
- Pesta Kaamatan, 'Seindah tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
#AWANInews
Faisal Halim mungkin 'discharge' lebih awal
Faisal Halim yang mengalami kelecuran tahap empat mungkin dibenarkan keluar dari hospitallebih awal iaitu dijangka pada minggu ini.
Seorang maut, 13 cedera dalam dua letupan bom di Narathiwat
Seorang maut dan 13 termasuk seorang anggota polis cedera dalam dua letupan bom di Daerah Jok Irong dan Sukhirin di Narathiwat, selatan Thailand, pagi tadi.
Pendengaran yang baik penting untuk penjagaan emosi warga emas - Pakar
Pakar audiologi, Nur Ameera Johaniz berkata pendengaran yang sihat merupakan aspek yang penting untuk komunikasi antara ahli keluarga. Jelasnya, tanpa pendengaran yang jelas, adalah sukar untuk warga tua meluahkan perasaan dan menjaga emosi sebaiknya.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian – Pakar
Pakar audiologi, Nurul Amirah Mior Hasim berkata kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza. Jelasnya, warga emas yang tidak mendapatkan rawatan untuk masalah pendengaran berisiko berdepan kesukaran menjalani rutin harian. #AgendaAWANI
Rancangan meletakkan Gaza dibawah pentadbiran kuasa asing menggadai perjuangan kemerdekaan Palestin - Penganalisis
Ketua Pegawai Eksekutif IRIS Institute, Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim berkata Israel dan Amerika Syarikat ada perancangan untuk meletakkan Gaza dibawah pentadbiran badan antarabangsa pasca perang. Jelasnya, perancangan ini adalah berbahaya dan akan menggadaikan perjuangan kemerdekaan Palestin yang diusahakan selama ini.
Korea Selatan bercita-cita cipta kejutan ke atas Malaysia
Korea Selatan melaungkan amaran awal menjelang aksi peringkat suku akhir acara double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang hampir pasti bertemu Malaysia.
Netanyahu berdepan penolakan dunia, menteri dalam kabinet perang sendiri - Penganalisis
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata wajah sebenar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang dahagakan darah kini telah terdedah dan tidak lagi dapat menutup kepalsuan yang cuba dipaksakan kepada dunia. Jelasnya, Netanyahu bukan sahaja berdepan penolakan masyarakat antarabangsa bahkan juga tentangan dari dalam kebinet perangnya sendiri.
Ugutan bunuh Teresa Kok: Polis rakam keterangan dua individu
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kes masih dalam siasatan, setakat ini tiada sebarang tangkapan.
Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas.
Kematian tukang masak peribadi Barack Obama diisytihar satu kemalangan
Punca kematian diisytiharkan sebagai kes lemas dan cara kematian disahkan sebagai satu kemalangan.
Tukang masak peribadi Barack Obama ditemukan lemas
Mendiang Campbell meninggalkan seorang isteri, Sherise dan sepasang anak kembar.
Kes 1MDB: Jho Low rancang derma RM132 juta kempen Obama 2012
DiCaprio memberitahu juri bahawa Jho Low merancang untuk menderma sekitar AS$30 juta bagi membantu kempen pemilihan semula Barack Obama.
Naib Presiden AS Kamala Harris mulakan lawatan seminggu ke Afrika
Kamala Harris memulakan lawatan seminggu ke Afrika bermula hujung minggu ini.
Pemimpin, selebriti dan peminat bola sepak dunia ratapi pemergian Pele
Pele meninggal dunia pada usia 82 tahun selepas bertarung dengan kanser kolon.
Obama, Michelle kembali ke White House untuk lancar potret rasmi
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dan isteri Michelle Obama kembali ke Rumah Putih untuk melancarkan potret rasmi mereka.
Obama umum positif COVID-19
Beliau dalam pada itu turut memaklumkan isterinya Bekas Wanita Pertama Michelle negatif jangkitan itu setakat ini.
Pertembungan generasi tua dan muda sebenarnya cetuskan cabaran berbahaya - Obama
Masih ramai golongan berusia yang berada di takuk lama termasuk cara kepimpinan dan pemikiran
Sisi luka perang di Afghanistan tinggalan Amerika
Sorotan kesan misi hampir dua dekad tentera Amerika Syarikat di Afghanistan ke atas generasi kanak-kanak, yang paling terdera disebabkan perang. Nasib mereka terus tidak menentu di tangan Taliban
Ekonomi dunia: China tidak akan lepasi AS sebagai pemimpin global - Biden
Biden berjanji akan membuat pelaburan besar bagi memastikan negara Uncle Sam itu menang dalam persaingan membabitkan dua gergasi ekonomi dunia itu.